#sekolahrendahdulu

|
Salam semua.

Setelah membaca blog rakan2 yg aku follow, terdetik nak update blog saya yang memang dah usang sangat ni. Tunggu masa nak di bersihkan sahaja. Okay sekarang saya nak share kat anda semua cerita masa sekolah rendah saya.

Masa darjah 1 dulu, saya x la debar mane nak masuk sekolah di SK Kelana Jaya 2 disebabkan kebanyakan rakan2 saya sudah kenali semasa di tadika lagi. Tapi takut tu tetap ada jugak. Nama kelas saya masa darjah 1 ialah 1 Seroja. Tengok nama bunga tu. Cikgu2 masa ni memang best, x pernah boring la ajar kitaorang yang nakal2 ni.

Time rehat memang menjadi aktiviti harian abang saya akan menghantar happy meal McD. Fuh best sangat2. X lupa jugak saya ni bukan nya kuatk makan time sekola rendah so saya pun share la makanan saya dengan kawan sekelas saya. Ada dikalangan mereka mula cemburu disebab kan saya asyik je bawa makanan yg best2. Mana x nya abang saya yg rajin nak hantar makanan kat saya. 

Lepas je bunyi lonceng tanda nya nak balik, saya dan rakan2 sure akan berlari ke lori putih utk beli mainan tikam nombor, ais krim malaysia, ais krim cone. Pergh best nya. Pada masa tertentu ada trend membeli buku sticker pokemon utk memenangi Gameboy nya console. 

Masa darjah 3 trend main game Digimon guna Digivice berleluasa. Memang saya pun x melepaskan pluang utk memiliki digivice sendiri. X silapnya saya dah kumpul 5 jenis Digivice yg mempunyai pelbagai fungsi. Then masa darjah 4 game Tamiya kereta pula yang menjadi ikutan kanak2. Kereta yg menggunakan tenaga bateri mmng menjadi igauan budak2 utk memilikinya. Saya siap ada track nya utk main. Nasib baik masa ni abg ketiga saya pun turut suka mengumpul kereta Tamiya ni. Tidak dilupakan masa darjah 5 mula la trend main gasing modern atau dikenali sebagai Beyblade. Pergh jangan citer la saya siap ada semua characternya beyblade. Syok kot main ni, masa bergeser antara beyblade keluar la sparks macam electric current macam tu.

Dah masuk darjah 6 dah xde benda2 macam ni, budak masa ni dah mula fikir tentang komputer and handphone. Masa ni aku dah mempunyai simcard handphone sendiri yang sampai sekarang aku masih menggunakannya. Sayang gila no.hp ni oh. Banyak kenangan. Start darjah 6 la saya mula aktif. Menjadi seorang pengawas dan ketua PBSM. Banyak tanggungjwb aku pikul.

Pada zaman Tahap 1 ( Darjah 1 - 3 ), saya x la seorang yg pandai. Sekadar biasa sahaja. Alhamdulilah setelah masuk Tahap 2, keputusan peperiksaan aku meningkat dgn mendadak sehingga saya telah dianugerahkan Pelajar Harapan dari darjah 4 sehingga lah darjah 6. Tidak lupa jugak saya telah dianugerahi pelajar terbaik subjek Muzik ( x percaya oh time ni ). 

Masa kat sekolah jugak saya mewakili utk sukan badminton MSSD. Kiranya masa zaman ni boleh dikatakan mempunyai bakat utk bermain. Kalau diikutkan saya memang aktif dalam bidang sukan sampai semua acara sukan sekolah saya wakili utk rumah Bendahara ( merah ). Banyak gelagat yg sama2 kami berkongsi. Selain badminton saya jugak mewakili Bola Jaring memandangkan ketinggian saya yang agak tinggi utk seorg budak sekolah rendah. So posisi yg sesuai utk saya adalah GK ( goalkeeper) -_-'...

Tidak dilupakan jugak dari darjah 1 - 3 saya tinggal di rumah Mak Ton ( Zaiton ) pada waktu selepas sesi persekolahan. Mak ton menghantar saya ke kelas mengaji kat belakang rumahnya. Rindu pula pada masa ni. Jumpa kawan dari sekolah lain. Kadang2 tu time petang2 main basikal dengan jiran kat area rumah Mak Ton. Macam mana la Mak Ton sekarang, sihat kah dia? Serius dah lama x jumpa dia. Ya Allah, semoga Mak Ton sihat sejahtera. Malangnya saya tidak mempunyai gambar bersama Mak Ton. Mungkin ada tapi kena cari la.

Ingatlah kenangan di zaman sekolah kita terutama sekolah rendah. Banyak kenangan ini dapat mengimbau zaman muda kita sekaligus mengingatkan kita bahawa zaman kanak2 kita x dapat berpatah balik. Anggap lah ia sebagai kenangan yg indah dan itu merupakan detik manis/pahit kita semasa kanak2.

Di sini saya selitkan gambar sekolah rendah saya. : 

6 Wawasan
3 Raya


5 Wawasan

0 comments:

.