Kehidupan di Kampus Baru.

|

Salam readers. Macam mana kehidupan anda semua? Pasti berjalan lancar kan.

Kiranya hampir 3 minggu saya tidak mengarang post kat blog, almaklumlah semenjak dah masuk alam "degree" memang x menang tangan nak selesaikan pelbagai masalah yang kadang-kadang buat saya rasa rebah seketika. Okay lah saya cerita apa yang telah berlaku sepanjang stay kat UiTM Shah Alam. Sesiapa yg x tahu yang saya sebenarnya dah tukar kampus and kursus. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( kepujian ) ( Insurans ) trek pantas di UiTM Shah Alam.

Minggu Pertama : Hari pertamaku masuk kampus, memang x terkata la kan. Salah satu sebabnya ialah terlalu ramai sangat orang yang hadirkan diri untuk mendaftarkan diri di kolej-kolej yg telah ditetaokan mengikut kursus. Alhamduililah saya telah pun dapat menduduki kolej yg bernama Kolej Mawar. Kalau ikutkan kolej ini antara kolej perempuan yg terbesar yg ada dalam kampus shah alam. Paling bestnya dapat bilik jiran yang sempoi, mana x nya salah satu daripada mereka ex-SMK Sri Permata kot!Nama nya zafirah tajudin haha. memang havoc la kan bila gi bilik diaorang. Melalak la, karok la, dll. Oh ya, lupa nak bagitahu saya dapat bilik 2 orang sebilik. and roomate saya pulak merupakan coursemate kat melaka gak dulu. Nama dia Sarah Aliaa. =D InsyAllah saya akan cuba mengenali hati budi dia sebab kat melaka dulu mana rapat sangat, just sekadar bertegur sapa je la. Pada hari Isnin bersamaan 5 Mac 2012, kitaorang pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP)  ada taklimat tentang pelajar baru. Okay pensyarah yang memberi taklimat memberitahu tentang keadaan di sini, apa yg patut dilakukan, pengecualian kredit and bla bla. Banyak benda yang diterangkan tapi satu habuk xde kena mengena dengan trek pantas degree ( fast track degree ). Walaupun dia cuba menjawab persoalan saya tapi masih lagi tidak mencukupi. Boleh pulak dia katakan yang sebenarnya kampus ni x menerima pelajar fast track, just kat cawangan je ada fast track. haih, terasa pun ada tapi saya buat dunno je. Minggu ni jugak la dah plan nak masuk kelas apa, transfer kredit. Masa ni kenal gak dengan Najua Goreng! pergh sempoi habis la kau. Baru kenal dah leh masuk kepala. hahahha..

Minggu 2 :  Masa minggu ni masih lagi kehidupan terumbang ambing tapi alhamdulilah kenal ramai kawan. Mana x nya, main je tegur sesiapa yang senyum kat saya, sebab sendiri x tahu nak start kenal dengan siapa. Masa ni jugak la baru berpeluang nak ronda-ronda 1 kampus tapi x la sampai jenguk every fakulti yang ada. Penat ohh jalan daripada FPP ke kolej Mawar. Hampir 15 minit berjalan. Kenalan yg saya kenal seperti a'liya,al, anis, farid, lulu and dll. Pastu hadirkan diri untuk taklimat kolej yang diadakan kat Dewan AgongTunku Chanselor. Walaupun buat kat tempat yg best tapi kitaorang x focus sangat pun apa yang diberitahu. Jahatkan kami. =D. Masa hari minggu pulak hadir untuk event fakulti iaitu Getting to Excellence ( GTE ). Hari taklimat biasa2 je tapi masa hari explorace tu yang menarik. Dapat kenalan baru, dapat usha senior yang hot ( gatalnya saya ) oopppsss sorry. Paling penting leh kamcing dengan few people like qema,nana dll. Kumpulan saya bernama Dungun ( sebenarnya semua nama kumpulan based on kampus uitm seluruh malaysia ) dan kami dapat no.3 daripada 15 kumpulan. Kiranya power la gak kumpulan kami. hehehe. Lagi x leh bla, mana x nya ada ke salah satu check point buat kat DATC buat card matrix! ohh what?!! dah la masa tu pakai baju jersi Malaysia, leh lak nak snap picture masa tu, memang cool sangat la kan. Pengalaman yang x leh dilupakan. Masa minggu ni dugaan paling dasyat berlaku, dapat tahu memang kitaorang kena ambil balik subjek2 yg dah belajar masa diploma. TIDDAAKKK! tapi apakan daya, ambil je la. OH no account, marketing, management, economics kena ambil balik. ICry!

Minggu 3 : Boleh dikatakan still x stabil life padahal kawan2 yg lain dah leh lega, just continue belajar je. Saya masih jump kelas here and there, jadual berubah la. Mula kenal dengan hanis, selalu gi kelas sama2. hehe. geng baru la senang citer. Next week maybe first presentation LAW 416 ( business law ) wish me luck.

Okay, memang ada lagi tapi pekara biasa je kot. Hoping that i can survive dalam keadaan macam ini la, ni main type apa yang terkarang dalam otak je so kalau x best or ada yg silap, mohon maaf ya.
Sekian.. tata.. take care. Strive for the best. Salam.


rara and wawa

Padang Kawad ( Kesatria time )



a'liya, anis, me and sarah

a'liya, anis, al, sarah



yes! bas kosong wei!

with sarah at Menara SAAS UiTM Shah Alam

0 comments:

.