Event time semester 3

|
Salam reader, bloggers. 

Anda semua sihat? Saya hari ni okay la sihat aje, just penat balik daripada outing dengan kawan saya. Okay sekarang saya nak share la sikit tentang apa yang aktiviti yang saya dah ikuti masa semester 3 ini. Antaranya ialah : 

1. Mock meeting untuk subject MGT 269 ( Business Communication ).

Subjek yang menarik utk dipelajari. Lebih tertumpu kepada praktikal macam buat minit mesyuarat, business letter, meeting dan banyak lagi yang berkenaan dengan subjek ini. Minta maaf sangat2 sebab x dapat nak show scene meeting kitaorang memandangkan x ade gambar diambil masa itu. Jangan marah ya.


" Datuk " Nazrul menerangkan tentang design terkini utk bakal pengantin memakainya.


Bersama dengan lecturer MGT 269 , Miss Hairin ( Ini la team saya, tidak lupa jugak kepada Hana sekali )

2. Teater Meriam di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. 

Dilakonkan oleh pelajar TEKA / FACT part 5 x silapnya dan mereka semua daripada Kampus UiTM Puncak Perdana. Cerita nya agak menarik sampaikan siap menangis kitaorang sebab endingnya agak tragis. Adek!. =) X rugi pergi tengok teater ni. Syabas kepada mereka kerana menghasilkan cerita yang menarik dan mempunyai aksi selingan yang menarik.
Buku Program ( Fully Color )

Dalam teater ( auditorium )

Antara pelakon utama Teater Meriam

bersama pelakon yang memegang watak sbg " Abang "

3. PPKP Modul 3 ( Cara membuat mesyuarat dalam organisasi )

Kali ini kitaorang Part 3 disuruh untuk melakukan satu mesyuarat dan mengeluarkan idea untuk membuat event khidmat masyarakat ( Community Service ). Tidak kisah dengan apa cara sekali pun, buat konsert ke, buat rumah terbuka ke, buat lawatan ke, tidak kisah bagaimana selagi kita mengikut badget yang ada. 

Kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang berdasarkan tarik lahir mereka. 1 kumpulan merupakan yang terawal ( senior ), yang tengah2 dan yang terakhir ( junior ). First time rasanya buat aktiviti PPKP seronok. Mana x nya semua orang ada idea yang menarik dan kreativ sampaikan fasilitator yang jaga kelas kami memberitahu bahawa part 3 insurance antara yang terbaik dalam course insurance dari segi academic dan lebih berani menonjol. Maksudnya disini lebih berani berkata- kata dan tidak menujukkan ketakutan apabila bercakap. Dah macam ala2 mascom lak kan. =)

Kumpulan pertama membentangkan meeting ttng aktiviti bersahur dengan anak2 yatim. Kumpulan 2 iaitu kumpulan saya pula telah melakukan aktiviti membawa pelajar juvana ke perkampungan ala2 homestay la katakan dan kumpulan 3 membincangkan ttng konsert amal di UiTM.  Semua menarik dan siap ada kena kritik dengan fasilitator, bukan la kritik sangat hanya sekadar menegur mana yang tidak kena seperti lokasi , budget.


Lepas dah penat melakukan aktiviti PPKP, hampir kesemua classmate perempuan telah berbincang dan majoriti setuju nak pergi ke Alor Gajah untuk lunch kat KFC. Dah lama x makan best jugak oh. Seronok. =). Dah la makan dengan classmate, heboh jadinya kat KFC tu dengan suara kitaorang je. 

Hana dengan set makanannya.

Saya punya set!

Berposing sambil beratur kat kaunter KFC.

Wawa membawa set makana dia, Snack plate.

Zana dengan set Snack Plate dia tu,

Dah kekenyangan makan, kitaorang pun bergerak ke pasar malam Alor Gajah memandangan hari tu merupakan hari Sabtu. Saya rasa dah lama jugak x jejak kaki kat situ. Banyak pasar yang ada, baju la, makanan, accesories, minuman. Kat situ terserempak la dengan Miss Fabillah, Miss Ainaa, Mereka ni lecturer saya masa sem 1 & 2. Miss Aina ajar ACC 106 & Miss Fabillah ACC 116. X sempat nak bergambar dengan diaorang sebab mereka nak cepat masa itu. 


Sebelum menjejak kembali ke UiTM Kampus Alor Gajah, kitaorang sempat mengambil gambar di sekitar bandar Alor Gajah sebagai kenangan. Ya la jarang bebenar nak keluar ramai2 dengan classmate sendiri. Yang x ikut masa ni adalah Ain Syazana & Mina & semua lelaki DIN 3C. Lepas ini ada lagi event dengan classmate bersama Miss Aida ( Mentor KI DIN 3C ). Harap2 menjadi la ya. 

Anda semua mesti ada cerita menarik yang boleh di kongsi bersama. Hanya letak kan url post blog anda dekat comment and saya akan membacanya. Terima kasih kerana sudi membaca nukilan saya yang tidak seberapa ini. Hanya ingin berkongsi bersama rakan - rakan semua.

Salam.



|
Women are like apples on trees, 
the best ones are at the top.
The men don’t wanna reach 
for the good ones because 
they're afraid of falling and getting hurt. 
Instead they just get the rotten apples
from the ground
that aren't as good but easy. 
So the apples at the top 
think something is wrong with them
when in reality they're the amazing ones. 
They just have to wait
for the right man to come along, 
the one who's brave enough
to climb all the way to the top of the tree.

Kemahiran Insaniah Modul 3 ( for Part 3 FPP students )

|
Salam semua.. 

Sihat x korang hari ni? Alhamdulilah saya sihat aje kat KJ ni. Al maklumlah tengah cuti mid term ni mesti lah sihat. Makan pun yang best2. Okay hari Sabtu bersamaan 16 Julai 2011 telah berlangsungnya aktiviti KI. Sesiapa yang mengikuti nya pasti tahu apa aktiviti yg telah berlangsung tapi kepada mereka yang tidak ketahuinya, marilah ikuti cerita saya yang tidak berapa best la sebenarnya,. Saje nak share dengan kalian semua.

Pukul 7.30am dah mula berkumpul kat Parking HEA lama. Time tunggu ni nampak la 6 buah bas x silap saya telah pun kumpul kat area parking. Lepas tu ternampak la ada dua orang mamat ni isi kan belon dengan gas helium. Pelik la jugak nak buat apa dengan belon ni, maybe kita nak gi tempat kanak2 ke atau rumah anak yatim. Rupa2 nya ni utk fakulty tourism nya event guna belon helium. Buat suspen je oh.







DIN 3C dicampur dengan beberapa pelajar DIB dan DBS. Kumpulan kitaorang dapat kampung Parit Melana ( seperti yg tertera kat gambar atas ni ). Memakan masa 20 minit utk sampai ke destinasi dan kami diturunkan di Masjid kampung Parit Melana. Setiba disana kami diberi makanan pagi iaitu Mee hoon goreng dengan teh / kopi panas. Simple breakfast but yet mengenyangkan. Dah lepas makan kami pun diberi taklimat oleh ketua AJK kampung tersebut dan dibahagikan kepada 3 kumpulan., semua kumpulan diberi tugasan utk bersihkan kubur tapi berlainan kawasana sahaja. 


Gambar di atas ini merupakan kumpulan saya yg tidak mempunyai nama, too bad.. 

Lepas tiba kat area perkuburan Islam kat kampung tu, bacaan doa dan al-fatihah dilakukan dan diketuai oleh pak cik yg menjadi ketua kumpulan kami. Pak cik ni sgt peramah orang nya. Minta maaf semua saya terlupa pulak nama pak cik ni. Dia ada anak belajar kat area Terengganu x silapnya. 

Kerja kitaorang kat sini hanya lah memungut ranting dan dahan pokok yg telah ditebangkan oleh pak cik ni. Walaupun dah berusia, pak cik ni kuat jugak oh, jangan main2. =). So ini antara aksi2 kitaorang semasa di  tanah perkuburan tersebut. 



















Lepas selesai bersihkan tanah perkuburan Islam, kitaorg gi lepak kat restoran berdekatan. Ada yang sekadar minum air dan tidak lupa jugak ada yg sempat makan. Roti canai je makan. Dah semua kenyang, kitaorg semua pun beredar ke Masjid semula. =). Then lepak la kat situ sampai tertido. Saya terjaga setelah azan Zuhur mula berkumandang. If x, lagi lama la saya tido, kepenatan la katakan. 

Pekara yg lain x perlu diceritakan memandangakan x best pun event lepas tu. Majlis penutupan, dengar ceramah ketua kampung, mmng buat kami semua tido time mendengar tapi bukan saya la. Saya x tido, just main internet kat handphone sambil dengar lagu. thanks to Internet Mobile. Tanpamu, memang bosan la saya masa tu.

Harap KI sem depan lagi best daripada ni and please sgt event ni buat kat luar lagi sekali. Miss Aida x dapat join disebabkan dia sudah plan bercuti dengan rakan2 dia. Tidak mengapa miss, sem depan kan ada. =). Thanks semua, and tata. 

Salam.

#sekolahrendahdulu

|
Salam semua.

Setelah membaca blog rakan2 yg aku follow, terdetik nak update blog saya yang memang dah usang sangat ni. Tunggu masa nak di bersihkan sahaja. Okay sekarang saya nak share kat anda semua cerita masa sekolah rendah saya.

Masa darjah 1 dulu, saya x la debar mane nak masuk sekolah di SK Kelana Jaya 2 disebabkan kebanyakan rakan2 saya sudah kenali semasa di tadika lagi. Tapi takut tu tetap ada jugak. Nama kelas saya masa darjah 1 ialah 1 Seroja. Tengok nama bunga tu. Cikgu2 masa ni memang best, x pernah boring la ajar kitaorang yang nakal2 ni.

Time rehat memang menjadi aktiviti harian abang saya akan menghantar happy meal McD. Fuh best sangat2. X lupa jugak saya ni bukan nya kuatk makan time sekola rendah so saya pun share la makanan saya dengan kawan sekelas saya. Ada dikalangan mereka mula cemburu disebab kan saya asyik je bawa makanan yg best2. Mana x nya abang saya yg rajin nak hantar makanan kat saya. 

Lepas je bunyi lonceng tanda nya nak balik, saya dan rakan2 sure akan berlari ke lori putih utk beli mainan tikam nombor, ais krim malaysia, ais krim cone. Pergh best nya. Pada masa tertentu ada trend membeli buku sticker pokemon utk memenangi Gameboy nya console. 

Masa darjah 3 trend main game Digimon guna Digivice berleluasa. Memang saya pun x melepaskan pluang utk memiliki digivice sendiri. X silapnya saya dah kumpul 5 jenis Digivice yg mempunyai pelbagai fungsi. Then masa darjah 4 game Tamiya kereta pula yang menjadi ikutan kanak2. Kereta yg menggunakan tenaga bateri mmng menjadi igauan budak2 utk memilikinya. Saya siap ada track nya utk main. Nasib baik masa ni abg ketiga saya pun turut suka mengumpul kereta Tamiya ni. Tidak dilupakan masa darjah 5 mula la trend main gasing modern atau dikenali sebagai Beyblade. Pergh jangan citer la saya siap ada semua characternya beyblade. Syok kot main ni, masa bergeser antara beyblade keluar la sparks macam electric current macam tu.

Dah masuk darjah 6 dah xde benda2 macam ni, budak masa ni dah mula fikir tentang komputer and handphone. Masa ni aku dah mempunyai simcard handphone sendiri yang sampai sekarang aku masih menggunakannya. Sayang gila no.hp ni oh. Banyak kenangan. Start darjah 6 la saya mula aktif. Menjadi seorang pengawas dan ketua PBSM. Banyak tanggungjwb aku pikul.

Pada zaman Tahap 1 ( Darjah 1 - 3 ), saya x la seorang yg pandai. Sekadar biasa sahaja. Alhamdulilah setelah masuk Tahap 2, keputusan peperiksaan aku meningkat dgn mendadak sehingga saya telah dianugerahkan Pelajar Harapan dari darjah 4 sehingga lah darjah 6. Tidak lupa jugak saya telah dianugerahi pelajar terbaik subjek Muzik ( x percaya oh time ni ). 

Masa kat sekolah jugak saya mewakili utk sukan badminton MSSD. Kiranya masa zaman ni boleh dikatakan mempunyai bakat utk bermain. Kalau diikutkan saya memang aktif dalam bidang sukan sampai semua acara sukan sekolah saya wakili utk rumah Bendahara ( merah ). Banyak gelagat yg sama2 kami berkongsi. Selain badminton saya jugak mewakili Bola Jaring memandangkan ketinggian saya yang agak tinggi utk seorg budak sekolah rendah. So posisi yg sesuai utk saya adalah GK ( goalkeeper) -_-'...

Tidak dilupakan jugak dari darjah 1 - 3 saya tinggal di rumah Mak Ton ( Zaiton ) pada waktu selepas sesi persekolahan. Mak ton menghantar saya ke kelas mengaji kat belakang rumahnya. Rindu pula pada masa ni. Jumpa kawan dari sekolah lain. Kadang2 tu time petang2 main basikal dengan jiran kat area rumah Mak Ton. Macam mana la Mak Ton sekarang, sihat kah dia? Serius dah lama x jumpa dia. Ya Allah, semoga Mak Ton sihat sejahtera. Malangnya saya tidak mempunyai gambar bersama Mak Ton. Mungkin ada tapi kena cari la.

Ingatlah kenangan di zaman sekolah kita terutama sekolah rendah. Banyak kenangan ini dapat mengimbau zaman muda kita sekaligus mengingatkan kita bahawa zaman kanak2 kita x dapat berpatah balik. Anggap lah ia sebagai kenangan yg indah dan itu merupakan detik manis/pahit kita semasa kanak2.

Di sini saya selitkan gambar sekolah rendah saya. : 

6 Wawasan
3 Raya


5 Wawasan
.