2011 will come to an end.

|
Salam and hey blogger and people who read my blog. It has been awhile since I wrote on my previous post. 


2011 will be ending in 22 days. 2011 was the year that went maybe a little too fast. It's the year your so called friend walks out of your life and it's the year you realise who the real ones are. It's the year you felt the most pressure to the point you gave up so many times but you're still learning to get back up. It's the year you cried over too many pointless things, too many times. It's the year you look back on all the lifetime memories in which you find yourself missing the people in them. But it's also the year you move on, slowly, and you realise that it's okay. For me, twenty eleven is the best year ever. Much better than before. I met so many new friends and learnt so many awesome things. I thank God for everything. January coming up. Whatever it is, move on is the answer.



My new smartphone

|
Salam 1 Malaysia. Hahaha ( semangat patriotik pulak )

Sepeeti mana yang saya idamkan smartphone baru untuk tahun ini, akhirnya saya dapat jugak. Memperkenalkan BB Bold 9780 atau dikenali sebagai Bold 3. Baru guna beberapa hari but alhamdulilah I get use to it. =). Memang saya akan rajin update fb,twitter,bbm,whatsapp and many more will come soon.

Ini saya nya BB Bold 3

Saya & ayah saya punya.

Ayah saya punya BB Bold 9930 aka Bold 4.
Thanks baba belikan BB for me. Now my C6 akan berada di rumah la ya. Sementara x buat apa2 lagi dengan handphone tu biarkan ia berada di bilik saya. Dah setahun dia berjasa pada saya. =)

P.s : Hope my dad cepat mahir pakai BB. Leh BBM bersama nnti. <3

Almost 1 month not updated. At last.

|
Salam reader, blogger.

Recently merupakan Hari Raya Aidilfitri. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin saya ucapkan kepada sahabat andai yang berada di Malaysia & luar negara. Semoga anda semua sihat - sihat sahaja dan seronok meraikan hari yang bahagia ini. Sebulan raya, cool oh. Tapi yang x menarik tahun ni saya dapat sikit sahaja duit raya. Almaklum la dah membesar ( erti kata lain dah tua ! )

Berphotoshoot kat rumah je.
Raya tahun ini x semeriah tahun lepas. Ini hanyalah pendapat saya. Entah kenapa. Ada pekara berlaku yang saya tidak duga. Minggu depan ( 10 Sept ) abang kedua saya nak tunang. Tahun depan akad nikah. X sabar okay nak memanti hari itu. Ceyh, macam la aku nak kahwin lak, gatalnya aku. Hahaha. Ya la excited sebab dah lama kot orang asyik tertanya bila dia nak mendirikan rumah tangga. X kan single memanjang, nanti x laku baru tahu.

Pertengahan Ogos lepas, saya secara rasminya dah pindah ke kolej baru. Nama diberi Tun Hasan (THS). Okay biar saya tunjukkan gambar kolej baru saya tu. Secara keseluruhan, memang lawa pemandangan kolej THS, ala- ala duduk kat hotel pun ada. Toiletnya, beeesssaaaarrrr, macam R&R nya toilet. Bilik tidur untuk 2 orang and no more double decker nya katil. Semua nya single bed. Syok. Lastly, dapat kat tingkat bawah. So x perlu la nak naik tangga lagi. Weeee. Jarak nak gi kelas dari kolej baru nampak jauh pada mulanya tapi memandangkan jalan nya lurus and x berbukit mcm kat TPH, cepat jugak la sampai kat kelas. Ini antara gambar kolej baru saya, enjoy watching all of that.

Katil saya










Ps: Minggu depan balik kj lagi. weehooo.

BB oh BB.

|
Salam readers, bagi umat Islam yang menunaikan puasa di bulan Ramadan iaitu bulan yang mulia, Selamat Berpuasa saya ucapkan kepada anda semua. Macam mana puasa anda? Ada yang dah start x puasa ya? Jangan sesekali ponteng puasa sesuka hati tau tapi kalau ada alasan yang munasabah then baru la okay.

Sekarang saya ingin kongsi apa yang belenggu dalam otak saya ini. BB, bukan Bukit Bintang ya yang saya maksudkan tetapi singkatan untuk Blackberry, sebuah smartphone yang memang best la untuk dipakai lagi2 dapat guna untuk FB, BBM. Syok oh. tapi kawan saya kat sini x ramai yang pakai BB. Berbaloikah nak beli BB ni? Ini antara BB yang saya shortlist kan ya. 

Blackberry curve 8520 ( simple tapi smart , no touch screen )
 Blackberry curve 8520 ni saya nya favorite la jugak sebab nampak cool, ada style la jugak. Paling penting x slide. Agak rumit sebenarnya if guna slide phone ni. So better pakai yang classic view. X perlu la nak tolak tarik slide phone.
Blackberry Bold 9700 ( antara yg saya minat jugak )

Blackberry Torch 9850 / 9860

Blackberry Torch 9850 / 9860 pula merupakan BB yang terkini dalam pasaran. Bulan Ogos ni merupakan pelancaran BB ini. Fully touch screen ni. Tapi yang x best nya nnti screen cepat calar la dengan saya nya cara penggunaan yang ganas. Kesian kat Nokia C6-00 saya, apa telah saya buat kepadanya.

Ini la antara yang saya minat la buat masa ini. Nak start kumpul duit la. Sekurang nya saya pay half, lagi half ada org tolong bayarkan ke. Hehe. =). So better I start saving my money now since I'm not a good saver.

P/s: Baba, tolong belikan for me... please..
P/ss: Macam la bapak aku nak baca post ini, if baca pun macam la nak belikan untuk aku, dia pun pakai handphone biasa je.

Event time semester 3

|
Salam reader, bloggers. 

Anda semua sihat? Saya hari ni okay la sihat aje, just penat balik daripada outing dengan kawan saya. Okay sekarang saya nak share la sikit tentang apa yang aktiviti yang saya dah ikuti masa semester 3 ini. Antaranya ialah : 

1. Mock meeting untuk subject MGT 269 ( Business Communication ).

Subjek yang menarik utk dipelajari. Lebih tertumpu kepada praktikal macam buat minit mesyuarat, business letter, meeting dan banyak lagi yang berkenaan dengan subjek ini. Minta maaf sangat2 sebab x dapat nak show scene meeting kitaorang memandangkan x ade gambar diambil masa itu. Jangan marah ya.


" Datuk " Nazrul menerangkan tentang design terkini utk bakal pengantin memakainya.


Bersama dengan lecturer MGT 269 , Miss Hairin ( Ini la team saya, tidak lupa jugak kepada Hana sekali )

2. Teater Meriam di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. 

Dilakonkan oleh pelajar TEKA / FACT part 5 x silapnya dan mereka semua daripada Kampus UiTM Puncak Perdana. Cerita nya agak menarik sampaikan siap menangis kitaorang sebab endingnya agak tragis. Adek!. =) X rugi pergi tengok teater ni. Syabas kepada mereka kerana menghasilkan cerita yang menarik dan mempunyai aksi selingan yang menarik.
Buku Program ( Fully Color )

Dalam teater ( auditorium )

Antara pelakon utama Teater Meriam

bersama pelakon yang memegang watak sbg " Abang "

3. PPKP Modul 3 ( Cara membuat mesyuarat dalam organisasi )

Kali ini kitaorang Part 3 disuruh untuk melakukan satu mesyuarat dan mengeluarkan idea untuk membuat event khidmat masyarakat ( Community Service ). Tidak kisah dengan apa cara sekali pun, buat konsert ke, buat rumah terbuka ke, buat lawatan ke, tidak kisah bagaimana selagi kita mengikut badget yang ada. 

Kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang berdasarkan tarik lahir mereka. 1 kumpulan merupakan yang terawal ( senior ), yang tengah2 dan yang terakhir ( junior ). First time rasanya buat aktiviti PPKP seronok. Mana x nya semua orang ada idea yang menarik dan kreativ sampaikan fasilitator yang jaga kelas kami memberitahu bahawa part 3 insurance antara yang terbaik dalam course insurance dari segi academic dan lebih berani menonjol. Maksudnya disini lebih berani berkata- kata dan tidak menujukkan ketakutan apabila bercakap. Dah macam ala2 mascom lak kan. =)

Kumpulan pertama membentangkan meeting ttng aktiviti bersahur dengan anak2 yatim. Kumpulan 2 iaitu kumpulan saya pula telah melakukan aktiviti membawa pelajar juvana ke perkampungan ala2 homestay la katakan dan kumpulan 3 membincangkan ttng konsert amal di UiTM.  Semua menarik dan siap ada kena kritik dengan fasilitator, bukan la kritik sangat hanya sekadar menegur mana yang tidak kena seperti lokasi , budget.


Lepas dah penat melakukan aktiviti PPKP, hampir kesemua classmate perempuan telah berbincang dan majoriti setuju nak pergi ke Alor Gajah untuk lunch kat KFC. Dah lama x makan best jugak oh. Seronok. =). Dah la makan dengan classmate, heboh jadinya kat KFC tu dengan suara kitaorang je. 

Hana dengan set makanannya.

Saya punya set!

Berposing sambil beratur kat kaunter KFC.

Wawa membawa set makana dia, Snack plate.

Zana dengan set Snack Plate dia tu,

Dah kekenyangan makan, kitaorang pun bergerak ke pasar malam Alor Gajah memandangan hari tu merupakan hari Sabtu. Saya rasa dah lama jugak x jejak kaki kat situ. Banyak pasar yang ada, baju la, makanan, accesories, minuman. Kat situ terserempak la dengan Miss Fabillah, Miss Ainaa, Mereka ni lecturer saya masa sem 1 & 2. Miss Aina ajar ACC 106 & Miss Fabillah ACC 116. X sempat nak bergambar dengan diaorang sebab mereka nak cepat masa itu. 


Sebelum menjejak kembali ke UiTM Kampus Alor Gajah, kitaorang sempat mengambil gambar di sekitar bandar Alor Gajah sebagai kenangan. Ya la jarang bebenar nak keluar ramai2 dengan classmate sendiri. Yang x ikut masa ni adalah Ain Syazana & Mina & semua lelaki DIN 3C. Lepas ini ada lagi event dengan classmate bersama Miss Aida ( Mentor KI DIN 3C ). Harap2 menjadi la ya. 

Anda semua mesti ada cerita menarik yang boleh di kongsi bersama. Hanya letak kan url post blog anda dekat comment and saya akan membacanya. Terima kasih kerana sudi membaca nukilan saya yang tidak seberapa ini. Hanya ingin berkongsi bersama rakan - rakan semua.

Salam.



|
Women are like apples on trees, 
the best ones are at the top.
The men don’t wanna reach 
for the good ones because 
they're afraid of falling and getting hurt. 
Instead they just get the rotten apples
from the ground
that aren't as good but easy. 
So the apples at the top 
think something is wrong with them
when in reality they're the amazing ones. 
They just have to wait
for the right man to come along, 
the one who's brave enough
to climb all the way to the top of the tree.

Kemahiran Insaniah Modul 3 ( for Part 3 FPP students )

|
Salam semua.. 

Sihat x korang hari ni? Alhamdulilah saya sihat aje kat KJ ni. Al maklumlah tengah cuti mid term ni mesti lah sihat. Makan pun yang best2. Okay hari Sabtu bersamaan 16 Julai 2011 telah berlangsungnya aktiviti KI. Sesiapa yang mengikuti nya pasti tahu apa aktiviti yg telah berlangsung tapi kepada mereka yang tidak ketahuinya, marilah ikuti cerita saya yang tidak berapa best la sebenarnya,. Saje nak share dengan kalian semua.

Pukul 7.30am dah mula berkumpul kat Parking HEA lama. Time tunggu ni nampak la 6 buah bas x silap saya telah pun kumpul kat area parking. Lepas tu ternampak la ada dua orang mamat ni isi kan belon dengan gas helium. Pelik la jugak nak buat apa dengan belon ni, maybe kita nak gi tempat kanak2 ke atau rumah anak yatim. Rupa2 nya ni utk fakulty tourism nya event guna belon helium. Buat suspen je oh.







DIN 3C dicampur dengan beberapa pelajar DIB dan DBS. Kumpulan kitaorang dapat kampung Parit Melana ( seperti yg tertera kat gambar atas ni ). Memakan masa 20 minit utk sampai ke destinasi dan kami diturunkan di Masjid kampung Parit Melana. Setiba disana kami diberi makanan pagi iaitu Mee hoon goreng dengan teh / kopi panas. Simple breakfast but yet mengenyangkan. Dah lepas makan kami pun diberi taklimat oleh ketua AJK kampung tersebut dan dibahagikan kepada 3 kumpulan., semua kumpulan diberi tugasan utk bersihkan kubur tapi berlainan kawasana sahaja. 


Gambar di atas ini merupakan kumpulan saya yg tidak mempunyai nama, too bad.. 

Lepas tiba kat area perkuburan Islam kat kampung tu, bacaan doa dan al-fatihah dilakukan dan diketuai oleh pak cik yg menjadi ketua kumpulan kami. Pak cik ni sgt peramah orang nya. Minta maaf semua saya terlupa pulak nama pak cik ni. Dia ada anak belajar kat area Terengganu x silapnya. 

Kerja kitaorang kat sini hanya lah memungut ranting dan dahan pokok yg telah ditebangkan oleh pak cik ni. Walaupun dah berusia, pak cik ni kuat jugak oh, jangan main2. =). So ini antara aksi2 kitaorang semasa di  tanah perkuburan tersebut. 



















Lepas selesai bersihkan tanah perkuburan Islam, kitaorg gi lepak kat restoran berdekatan. Ada yang sekadar minum air dan tidak lupa jugak ada yg sempat makan. Roti canai je makan. Dah semua kenyang, kitaorg semua pun beredar ke Masjid semula. =). Then lepak la kat situ sampai tertido. Saya terjaga setelah azan Zuhur mula berkumandang. If x, lagi lama la saya tido, kepenatan la katakan. 

Pekara yg lain x perlu diceritakan memandangakan x best pun event lepas tu. Majlis penutupan, dengar ceramah ketua kampung, mmng buat kami semua tido time mendengar tapi bukan saya la. Saya x tido, just main internet kat handphone sambil dengar lagu. thanks to Internet Mobile. Tanpamu, memang bosan la saya masa tu.

Harap KI sem depan lagi best daripada ni and please sgt event ni buat kat luar lagi sekali. Miss Aida x dapat join disebabkan dia sudah plan bercuti dengan rakan2 dia. Tidak mengapa miss, sem depan kan ada. =). Thanks semua, and tata. 

Salam.
.