Event time semester 3

|
Salam reader, bloggers. 

Anda semua sihat? Saya hari ni okay la sihat aje, just penat balik daripada outing dengan kawan saya. Okay sekarang saya nak share la sikit tentang apa yang aktiviti yang saya dah ikuti masa semester 3 ini. Antaranya ialah : 

1. Mock meeting untuk subject MGT 269 ( Business Communication ).

Subjek yang menarik utk dipelajari. Lebih tertumpu kepada praktikal macam buat minit mesyuarat, business letter, meeting dan banyak lagi yang berkenaan dengan subjek ini. Minta maaf sangat2 sebab x dapat nak show scene meeting kitaorang memandangkan x ade gambar diambil masa itu. Jangan marah ya.


" Datuk " Nazrul menerangkan tentang design terkini utk bakal pengantin memakainya.


Bersama dengan lecturer MGT 269 , Miss Hairin ( Ini la team saya, tidak lupa jugak kepada Hana sekali )

2. Teater Meriam di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. 

Dilakonkan oleh pelajar TEKA / FACT part 5 x silapnya dan mereka semua daripada Kampus UiTM Puncak Perdana. Cerita nya agak menarik sampaikan siap menangis kitaorang sebab endingnya agak tragis. Adek!. =) X rugi pergi tengok teater ni. Syabas kepada mereka kerana menghasilkan cerita yang menarik dan mempunyai aksi selingan yang menarik.
Buku Program ( Fully Color )

Dalam teater ( auditorium )

Antara pelakon utama Teater Meriam

bersama pelakon yang memegang watak sbg " Abang "

3. PPKP Modul 3 ( Cara membuat mesyuarat dalam organisasi )

Kali ini kitaorang Part 3 disuruh untuk melakukan satu mesyuarat dan mengeluarkan idea untuk membuat event khidmat masyarakat ( Community Service ). Tidak kisah dengan apa cara sekali pun, buat konsert ke, buat rumah terbuka ke, buat lawatan ke, tidak kisah bagaimana selagi kita mengikut badget yang ada. 

Kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang berdasarkan tarik lahir mereka. 1 kumpulan merupakan yang terawal ( senior ), yang tengah2 dan yang terakhir ( junior ). First time rasanya buat aktiviti PPKP seronok. Mana x nya semua orang ada idea yang menarik dan kreativ sampaikan fasilitator yang jaga kelas kami memberitahu bahawa part 3 insurance antara yang terbaik dalam course insurance dari segi academic dan lebih berani menonjol. Maksudnya disini lebih berani berkata- kata dan tidak menujukkan ketakutan apabila bercakap. Dah macam ala2 mascom lak kan. =)

Kumpulan pertama membentangkan meeting ttng aktiviti bersahur dengan anak2 yatim. Kumpulan 2 iaitu kumpulan saya pula telah melakukan aktiviti membawa pelajar juvana ke perkampungan ala2 homestay la katakan dan kumpulan 3 membincangkan ttng konsert amal di UiTM.  Semua menarik dan siap ada kena kritik dengan fasilitator, bukan la kritik sangat hanya sekadar menegur mana yang tidak kena seperti lokasi , budget.


Lepas dah penat melakukan aktiviti PPKP, hampir kesemua classmate perempuan telah berbincang dan majoriti setuju nak pergi ke Alor Gajah untuk lunch kat KFC. Dah lama x makan best jugak oh. Seronok. =). Dah la makan dengan classmate, heboh jadinya kat KFC tu dengan suara kitaorang je. 

Hana dengan set makanannya.

Saya punya set!

Berposing sambil beratur kat kaunter KFC.

Wawa membawa set makana dia, Snack plate.

Zana dengan set Snack Plate dia tu,

Dah kekenyangan makan, kitaorang pun bergerak ke pasar malam Alor Gajah memandangan hari tu merupakan hari Sabtu. Saya rasa dah lama jugak x jejak kaki kat situ. Banyak pasar yang ada, baju la, makanan, accesories, minuman. Kat situ terserempak la dengan Miss Fabillah, Miss Ainaa, Mereka ni lecturer saya masa sem 1 & 2. Miss Aina ajar ACC 106 & Miss Fabillah ACC 116. X sempat nak bergambar dengan diaorang sebab mereka nak cepat masa itu. 


Sebelum menjejak kembali ke UiTM Kampus Alor Gajah, kitaorang sempat mengambil gambar di sekitar bandar Alor Gajah sebagai kenangan. Ya la jarang bebenar nak keluar ramai2 dengan classmate sendiri. Yang x ikut masa ni adalah Ain Syazana & Mina & semua lelaki DIN 3C. Lepas ini ada lagi event dengan classmate bersama Miss Aida ( Mentor KI DIN 3C ). Harap2 menjadi la ya. 

Anda semua mesti ada cerita menarik yang boleh di kongsi bersama. Hanya letak kan url post blog anda dekat comment and saya akan membacanya. Terima kasih kerana sudi membaca nukilan saya yang tidak seberapa ini. Hanya ingin berkongsi bersama rakan - rakan semua.

Salam.



0 comments:

.