4 Days : Penantian yang telah lama ku menunggu.

|
Salam readers. 

Bagaimana hari anda hari ini? Okay kira nya kurang dari seminggu saya akan menjejakkan kaki ke kampus baru dan memulakan kehidupan saya sebagai mahasiswi UiTM dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda ( Degree ). Tidak dinafikan terdapat beberapa pekara yang telah berlaku semasa menunggu detik bersejarah ini. Alhamdulilah saya dapat hadapinya dengan tabah. Terima kasih kepada rakan-rakan kerana telah membantu dan memberi sokongan moral ketika saya ditimpa masalah-masalah yang saya sendiri tidak mendugakannya.

Semoga saya dapat menjalani kehidupan yang normal apabila saya memasuki kampus baru dan mudah menyesuaikan diri. Doakan saya ya kawan-kawan.

Sekian. =)

Trek Pantas Semester 3 ke Ijazah Sarjana Muda.

|
UiTM Kampus Bandaraya Melaka

Salam semua,

Rasanya ramai daripada kawan - kawan saya dah tahu yang saya akan lanjutkan pengajian saya di UiTM Kampus Bandaraya Melaka ( KBM ) dalam bidang : 

IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN ( KEPUJIAN ) ( PEMASARAN )

Mungkin ada dikalangan anda yang tertanya-tanya kenapa saya memilih Pemasaran? Kenapa tidak sahaja lanjutankan dalam bidang Insurans. Antara penyebab saya memilih kursus itu kerana saya telah membuat kajian tentang mata pelajaran yang saya akan pelajari dan saya ingin mencuba sesuatu yang lain pula. Lagipun semasa pengajian saya di diploma, kami tidak mempelajari secara mendalam tentang Insurans selain daripada CTU 242 iaitu Takaful. 

Apa perasaan saya apabila mengetahui tentang saya diterima tawaran untuk lanjutan pengajian ke Ijazah Sarjana Muda, secara jujurnya ketika saya mengetahui berita ini saya agak terkejut apabila ditawarkan di Kampus Bandaraya Melaka. Pekara yang saya tidak jangkakan kerana terdapat beberapa kampus lain lagi yg menawarkan kursus ini. Selain itu, saya jugak diberi tempoh selama 4 hari untuk memberitahu keputusan sama ada SETUJU atau TIDAK SETUJU dengan tawaran itu. Bermula la fikiran saya masa tu, fikir itu lah, ini lah. Ya la ada kebaikan dan keburukan apabila menerima tawaran ini. Salah satunya ialah tekanan pelajar, subjek-subjek yg agak susah, takut terkandas tengah2 jalan nanti tetapi selepas bertanyakan beberapa senior yg melanjutkan pengajian di sana, saya mula rasa yakin tentang tawaran ini.

Alhamdulilah saya membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut dan setelah tekan butang SETUJU, secara automatiknya saya sudah ditukarkan ke KBM dan tidak lagi di Lendu. Semua data dalam sistem di UiTM Alor Gajah telah ditukarkan ke KBM. Nombor matrix pun bertukar ( ada kad matrix baru lagi ). Pekara yang aku akan rindui sudah pasti rakan2 ku di Alor Gajah, classmates, coursemates, roomates dan jugak suasana disana sebab di KBM suasananya agak berbeza memandangkan kampusnya terletak ditengah-tengah bandar dan hanyalah bangunan berbelas tingkat. Ala-ala pejabat gitu. Sesuai la kot untuk budak2 Business ni nanti. Harap2 keputusan yang saya buat ini adalah tepat. Kalau nak diikutkan, kat mana kita mula pun pasti ada halangan dan rintangan yg perlu kita harungi untuk menjadi insan yg berjaya dalam kehidupan.

Rakan-rakan sekalian, doakan saya ya. Amin.

Duit Kertas dan Syiling Malaysia 2012

|
Salam semua yang membaca blog saya.

Memang sudah agak lama saya tidak mengemaskini. Okay lah disini saya ingin berkongsi bagaimana duit Malaysia yang terkini. Terima kasih pada ayah saya kerana sanggup membelinya untuk dijadikan sebagai simpanan keluarga. Ya la duit ni bukannya selalu tukar reka bentuknya.  

Duit Syiling siri Ketiga dan Duit Kertas siri Keempat

RM1 dan RM 5 ( HADAPAN )

RM 1 dan RM 5 ( BELAKANG )

RM10 dan RM 20 ( HADAPAN )

RM10 dan RM 20 ( BELAKANG )

RM50 dan RM 100 ( HADAPAN )

RM50 dan RM 100 ( BELAKANG ) 

50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen

Secara keseluruhan, reka bentuk untuk siri yg terbaru lebih ke arah moden tetapi ciri2 tradisional juga turut disertakan. Kiranya terdapat element moden dan tradisional. Harga yg dijual saya tidak pasti anggaran RM 300 untuk Koleksi Duit Kertas dan RM 10 untuj Duit Syiling. Maklumat itu saya perolehi daripada internet sebenarnya. Sekiranya lain daripada apa yg saya nyatakan, harap maaf.

Sekian terima kasih.

2011 will come to an end.

|
Salam and hey blogger and people who read my blog. It has been awhile since I wrote on my previous post. 


2011 will be ending in 22 days. 2011 was the year that went maybe a little too fast. It's the year your so called friend walks out of your life and it's the year you realise who the real ones are. It's the year you felt the most pressure to the point you gave up so many times but you're still learning to get back up. It's the year you cried over too many pointless things, too many times. It's the year you look back on all the lifetime memories in which you find yourself missing the people in them. But it's also the year you move on, slowly, and you realise that it's okay. For me, twenty eleven is the best year ever. Much better than before. I met so many new friends and learnt so many awesome things. I thank God for everything. January coming up. Whatever it is, move on is the answer.



My new smartphone

|
Salam 1 Malaysia. Hahaha ( semangat patriotik pulak )

Sepeeti mana yang saya idamkan smartphone baru untuk tahun ini, akhirnya saya dapat jugak. Memperkenalkan BB Bold 9780 atau dikenali sebagai Bold 3. Baru guna beberapa hari but alhamdulilah I get use to it. =). Memang saya akan rajin update fb,twitter,bbm,whatsapp and many more will come soon.

Ini saya nya BB Bold 3

Saya & ayah saya punya.

Ayah saya punya BB Bold 9930 aka Bold 4.
Thanks baba belikan BB for me. Now my C6 akan berada di rumah la ya. Sementara x buat apa2 lagi dengan handphone tu biarkan ia berada di bilik saya. Dah setahun dia berjasa pada saya. =)

P.s : Hope my dad cepat mahir pakai BB. Leh BBM bersama nnti. <3
.