Lepaking at Paradigm Mall

|
Now nak update pulak tentang Paradigm Mall yang baru sahaja buka pada 23 May 2012. Kiranya dah seminggu la pembukaan shopping mall ini. Antara tarikan mall ini pasti nya ada Golden Screen Cinema ( GSC ) woow best! tapi akan bukan pertengahan June. 

Antara outlet/kedai yang ada di sini ada lah seperti berikut :

  1. Brands Outlet
  2. Tesco
  3. Mark and Spencer
  4. Padini
  5. G2000
  6. The Body Shop
  7. Chatime
  8. Popular
  9. Harvy Norman

Sebenarnya ada lagi kedai yang buka, bayangkan kedai makan je hampir 70 buah kedai yang buka.. Fuh, banyak betul. Memang boleh gemuk la kan. Okay anda semua lihat lah gambar2 ini. Hanya ini sahaja yang saya mampu snap kan.










Oh x lupa hari tu saya lepak dengan mereka ini semua lah kat Paradigm Mall, Feera, Ruby and Marz. Thank you korang! =)

P/s : x sabar nak tengok movie kat sini..weeeeeeee xD

Gambar kehidupanku di UiTM Shah Alam

|
 Okay now nak share dengan bloggers macam mana kehidupan saya kat UiTM Shah. Sudah pasti jumpa kawan baru and environment kat sana pun agak la baru..=) Maybe next post saya akan update tentang tempat kolej saya tinggal, InsyAllah.
Nish and Deena

Nish and Nai

Time class Account ( oh damnn tension )


Alya and Nai

Kak Tasya , best senior ever!

Menuju ke DATC

my team mates for ECO 415 and MGT 417, Hanis, Nadia & Sarah

During Convocation Day

DATC

Bila la kan turn saya nak Convo, 3 more years to go

Add caption

Banyak booth buka time Convo day

Seha

Anis and Nadia

Perasmian SUKOL

Najua and the geng 

Ema

Besties Nazrul

Mel, Seha, Jue

Afdhal and Irfan

Irfan and alamak lupa la this sepet guy nya nama.

Event Survival Mahasiswa

Semoga dengan gambar-gambar ni semua dapat la korang gambaran macam mana UiTM Shah Alam nya life lagi for Business Faculty. =D

Birthday Gift 1505

|


Salam reader,

Dah lama saya x menulis post kat blog ini. Bersarang gak jadi nya.. Kesian pulak jadinya.. Apa khabar blogger sekalian? Saya sihat alhamdulilah. Nampak kan tajuk post kali ini tentang apa. Boleh dikatakan tahun ini celebration birhday agak cool. Orang yg tengok nampka biasa je tetapi sebenarnya best gak kali nya birthday..

First of all thank you to my friends yg x putus2 wish birhday saya kat sms,fb,twitter, bbm and social network yg saya ada la kan... Terharu sangat2. Ya la benda ni kan berlaku setahun sekali and hari yang penting untuk saya sendiri. Dah masuk alam 20-an dah.. Tua nya rasa... Okay ini antara saya dapat untuk hari ulangtahun harijadi saya..

From mama and baba <3 

Then my best friends kebanyakan belanja me..Yippe, rasa terharu sebab dah lama xde orang do like this to me, rasa special sangat on that day.. Terima kasih banyak2 yg x terhingga my bestie.. Siap dapat kek yang dibuat khas untuk diri empunya birthday.. =). Sekarang dah sah jadi 20 tahun tapi kan perangai sometimes macam budak2, alahai x nak jadi matured sangat nanti tension je lebih...

Kek Domo-Kun
Sekarang dah nak masuk bulan June pun, so tunggu la tahun depan untuk raikan sweet 21 pulak. Syukur Alhamduliah dan syukur dengan limpah kurniaan daripada Allah SWT. Semoga umur saya masih panjang untuk menantikan untuk tahun hadapan pulak.

Kehidupan di Kampus Baru.

|

Salam readers. Macam mana kehidupan anda semua? Pasti berjalan lancar kan.

Kiranya hampir 3 minggu saya tidak mengarang post kat blog, almaklumlah semenjak dah masuk alam "degree" memang x menang tangan nak selesaikan pelbagai masalah yang kadang-kadang buat saya rasa rebah seketika. Okay lah saya cerita apa yang telah berlaku sepanjang stay kat UiTM Shah Alam. Sesiapa yg x tahu yang saya sebenarnya dah tukar kampus and kursus. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( kepujian ) ( Insurans ) trek pantas di UiTM Shah Alam.

Minggu Pertama : Hari pertamaku masuk kampus, memang x terkata la kan. Salah satu sebabnya ialah terlalu ramai sangat orang yang hadirkan diri untuk mendaftarkan diri di kolej-kolej yg telah ditetaokan mengikut kursus. Alhamduililah saya telah pun dapat menduduki kolej yg bernama Kolej Mawar. Kalau ikutkan kolej ini antara kolej perempuan yg terbesar yg ada dalam kampus shah alam. Paling bestnya dapat bilik jiran yang sempoi, mana x nya salah satu daripada mereka ex-SMK Sri Permata kot!Nama nya zafirah tajudin haha. memang havoc la kan bila gi bilik diaorang. Melalak la, karok la, dll. Oh ya, lupa nak bagitahu saya dapat bilik 2 orang sebilik. and roomate saya pulak merupakan coursemate kat melaka gak dulu. Nama dia Sarah Aliaa. =D InsyAllah saya akan cuba mengenali hati budi dia sebab kat melaka dulu mana rapat sangat, just sekadar bertegur sapa je la. Pada hari Isnin bersamaan 5 Mac 2012, kitaorang pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP)  ada taklimat tentang pelajar baru. Okay pensyarah yang memberi taklimat memberitahu tentang keadaan di sini, apa yg patut dilakukan, pengecualian kredit and bla bla. Banyak benda yang diterangkan tapi satu habuk xde kena mengena dengan trek pantas degree ( fast track degree ). Walaupun dia cuba menjawab persoalan saya tapi masih lagi tidak mencukupi. Boleh pulak dia katakan yang sebenarnya kampus ni x menerima pelajar fast track, just kat cawangan je ada fast track. haih, terasa pun ada tapi saya buat dunno je. Minggu ni jugak la dah plan nak masuk kelas apa, transfer kredit. Masa ni kenal gak dengan Najua Goreng! pergh sempoi habis la kau. Baru kenal dah leh masuk kepala. hahahha..

Minggu 2 :  Masa minggu ni masih lagi kehidupan terumbang ambing tapi alhamdulilah kenal ramai kawan. Mana x nya, main je tegur sesiapa yang senyum kat saya, sebab sendiri x tahu nak start kenal dengan siapa. Masa ni jugak la baru berpeluang nak ronda-ronda 1 kampus tapi x la sampai jenguk every fakulti yang ada. Penat ohh jalan daripada FPP ke kolej Mawar. Hampir 15 minit berjalan. Kenalan yg saya kenal seperti a'liya,al, anis, farid, lulu and dll. Pastu hadirkan diri untuk taklimat kolej yang diadakan kat Dewan AgongTunku Chanselor. Walaupun buat kat tempat yg best tapi kitaorang x focus sangat pun apa yang diberitahu. Jahatkan kami. =D. Masa hari minggu pulak hadir untuk event fakulti iaitu Getting to Excellence ( GTE ). Hari taklimat biasa2 je tapi masa hari explorace tu yang menarik. Dapat kenalan baru, dapat usha senior yang hot ( gatalnya saya ) oopppsss sorry. Paling penting leh kamcing dengan few people like qema,nana dll. Kumpulan saya bernama Dungun ( sebenarnya semua nama kumpulan based on kampus uitm seluruh malaysia ) dan kami dapat no.3 daripada 15 kumpulan. Kiranya power la gak kumpulan kami. hehehe. Lagi x leh bla, mana x nya ada ke salah satu check point buat kat DATC buat card matrix! ohh what?!! dah la masa tu pakai baju jersi Malaysia, leh lak nak snap picture masa tu, memang cool sangat la kan. Pengalaman yang x leh dilupakan. Masa minggu ni dugaan paling dasyat berlaku, dapat tahu memang kitaorang kena ambil balik subjek2 yg dah belajar masa diploma. TIDDAAKKK! tapi apakan daya, ambil je la. OH no account, marketing, management, economics kena ambil balik. ICry!

Minggu 3 : Boleh dikatakan still x stabil life padahal kawan2 yg lain dah leh lega, just continue belajar je. Saya masih jump kelas here and there, jadual berubah la. Mula kenal dengan hanis, selalu gi kelas sama2. hehe. geng baru la senang citer. Next week maybe first presentation LAW 416 ( business law ) wish me luck.

Okay, memang ada lagi tapi pekara biasa je kot. Hoping that i can survive dalam keadaan macam ini la, ni main type apa yang terkarang dalam otak je so kalau x best or ada yg silap, mohon maaf ya.
Sekian.. tata.. take care. Strive for the best. Salam.


rara and wawa

Padang Kawad ( Kesatria time )



a'liya, anis, me and sarah

a'liya, anis, al, sarah



yes! bas kosong wei!

with sarah at Menara SAAS UiTM Shah Alam

4 Days : Penantian yang telah lama ku menunggu.

|
Salam readers. 

Bagaimana hari anda hari ini? Okay kira nya kurang dari seminggu saya akan menjejakkan kaki ke kampus baru dan memulakan kehidupan saya sebagai mahasiswi UiTM dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda ( Degree ). Tidak dinafikan terdapat beberapa pekara yang telah berlaku semasa menunggu detik bersejarah ini. Alhamdulilah saya dapat hadapinya dengan tabah. Terima kasih kepada rakan-rakan kerana telah membantu dan memberi sokongan moral ketika saya ditimpa masalah-masalah yang saya sendiri tidak mendugakannya.

Semoga saya dapat menjalani kehidupan yang normal apabila saya memasuki kampus baru dan mudah menyesuaikan diri. Doakan saya ya kawan-kawan.

Sekian. =)

Trek Pantas Semester 3 ke Ijazah Sarjana Muda.

|
UiTM Kampus Bandaraya Melaka

Salam semua,

Rasanya ramai daripada kawan - kawan saya dah tahu yang saya akan lanjutkan pengajian saya di UiTM Kampus Bandaraya Melaka ( KBM ) dalam bidang : 

IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN ( KEPUJIAN ) ( PEMASARAN )

Mungkin ada dikalangan anda yang tertanya-tanya kenapa saya memilih Pemasaran? Kenapa tidak sahaja lanjutankan dalam bidang Insurans. Antara penyebab saya memilih kursus itu kerana saya telah membuat kajian tentang mata pelajaran yang saya akan pelajari dan saya ingin mencuba sesuatu yang lain pula. Lagipun semasa pengajian saya di diploma, kami tidak mempelajari secara mendalam tentang Insurans selain daripada CTU 242 iaitu Takaful. 

Apa perasaan saya apabila mengetahui tentang saya diterima tawaran untuk lanjutan pengajian ke Ijazah Sarjana Muda, secara jujurnya ketika saya mengetahui berita ini saya agak terkejut apabila ditawarkan di Kampus Bandaraya Melaka. Pekara yang saya tidak jangkakan kerana terdapat beberapa kampus lain lagi yg menawarkan kursus ini. Selain itu, saya jugak diberi tempoh selama 4 hari untuk memberitahu keputusan sama ada SETUJU atau TIDAK SETUJU dengan tawaran itu. Bermula la fikiran saya masa tu, fikir itu lah, ini lah. Ya la ada kebaikan dan keburukan apabila menerima tawaran ini. Salah satunya ialah tekanan pelajar, subjek-subjek yg agak susah, takut terkandas tengah2 jalan nanti tetapi selepas bertanyakan beberapa senior yg melanjutkan pengajian di sana, saya mula rasa yakin tentang tawaran ini.

Alhamdulilah saya membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut dan setelah tekan butang SETUJU, secara automatiknya saya sudah ditukarkan ke KBM dan tidak lagi di Lendu. Semua data dalam sistem di UiTM Alor Gajah telah ditukarkan ke KBM. Nombor matrix pun bertukar ( ada kad matrix baru lagi ). Pekara yang aku akan rindui sudah pasti rakan2 ku di Alor Gajah, classmates, coursemates, roomates dan jugak suasana disana sebab di KBM suasananya agak berbeza memandangkan kampusnya terletak ditengah-tengah bandar dan hanyalah bangunan berbelas tingkat. Ala-ala pejabat gitu. Sesuai la kot untuk budak2 Business ni nanti. Harap2 keputusan yang saya buat ini adalah tepat. Kalau nak diikutkan, kat mana kita mula pun pasti ada halangan dan rintangan yg perlu kita harungi untuk menjadi insan yg berjaya dalam kehidupan.

Rakan-rakan sekalian, doakan saya ya. Amin.

Duit Kertas dan Syiling Malaysia 2012

|
Salam semua yang membaca blog saya.

Memang sudah agak lama saya tidak mengemaskini. Okay lah disini saya ingin berkongsi bagaimana duit Malaysia yang terkini. Terima kasih pada ayah saya kerana sanggup membelinya untuk dijadikan sebagai simpanan keluarga. Ya la duit ni bukannya selalu tukar reka bentuknya.  

Duit Syiling siri Ketiga dan Duit Kertas siri Keempat

RM1 dan RM 5 ( HADAPAN )

RM 1 dan RM 5 ( BELAKANG )

RM10 dan RM 20 ( HADAPAN )

RM10 dan RM 20 ( BELAKANG )

RM50 dan RM 100 ( HADAPAN )

RM50 dan RM 100 ( BELAKANG ) 

50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen

Secara keseluruhan, reka bentuk untuk siri yg terbaru lebih ke arah moden tetapi ciri2 tradisional juga turut disertakan. Kiranya terdapat element moden dan tradisional. Harga yg dijual saya tidak pasti anggaran RM 300 untuk Koleksi Duit Kertas dan RM 10 untuj Duit Syiling. Maklumat itu saya perolehi daripada internet sebenarnya. Sekiranya lain daripada apa yg saya nyatakan, harap maaf.

Sekian terima kasih.
.