Inspirasi.

|
Salam kepada semua readers, blog walking dan sebagainya. Pada hari yang indah rasa teringin nak menulis post yang baru. Ini disebabkan saya mendapat satu idea baru daripada hasil membaca blog - blog orang lain. Tidak dinafikan kadang - kadang saya rasa cemburu dengan cara penulisan mereka. Tidak membosankan langsung walaupun panjang menjela post diaorang. 

Sekarang ini saya ingin menceritakan apa yang berlaku dalam minggu ini. Almaklumlah minggu ini merupakan Minggu Peperiksaan Akhir Semester. Kalau ikutkan saya ni dah menghadap buku je memanjang tapi saya bukan macam itu. Cara pembelajaran saya lebih ke arah santai dan tidak stress pada siang hari. Tibanya pada waktu malam baru lah saya mengulangkaji pelajaran bersungguh - sungguh sehingga 3-4am. Dah selewat begitu tidur, selewat itu jugak la saya bangun. 

Lusa saya akan menghadapi kertas pertama iaitu CTU 151. Diikutkan nampak senang kan tapi pada hakikatnya punya la banyak pekara nak hafal kat subjekt ni. Belum lagi subjekt hardcore seperti MKT 243 ( Marketing ). Ctu kali ni lebih kepada sejarah tamadun dan pemikiran Islam. Maknanya tak boleh sesuka hati nak tulis masa peperiksaan nanti. 

Itu cerita tentang peperiksaan, sekarang pula tentang kehidupan saya kat Uitm ni. Alhamdulilah lagi beberapa hari semester 2 sudah nak berakhir. Kiranya aku akan cuti semester mulai 2 Mei hingga akhir Mei. Rasa x sabar nak bercuti. Dalam perancangan bermungkinan pergi ke Singapura. Yeah! Nak beli perfume banyak - banyak.

Baiklah sampai sini post saya. Budak baru belajar nak tulis panjang - panjang. Tapi ini merupakan percubaan yang bagus. Moga penulisan saya akan lebih baik di masa kana datang. Jumpa lagi ya. Oh ya, good luck kepada mereka yang akan ambil peperiksaan. =).



0 comments:

.